185 Penerima Terima Darjah Kebesaran Dalam Istiadat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82

185 Penerima Terima Darjah Kebesaran Dalam Istiadat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke 82

Arau, 23 Jun 2025 (Isnin) — Istana Arau hari ini menyaksikan kemegahan Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-3 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis yang berlangsung penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Arau.

Turut berangkat mengiringi, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, DYTM Raja Puan Muda Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Majlis penuh bersejarah ini menyaksikan seramai 185 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri bagi sesi kedua dan ketiga, sebagai menghargai sumbangan besar mereka kepada negeri dan negara.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Menteri Besar Perlis, YB Speaker DUN, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-Ahli MMK, Mufti Perlis, ADUN serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis istiadat turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, setiausaha bahagian dari Pejabat SUK Perlis serta wakil jabatan yang berkaitan.

Dipetik dari FB SUK Perlis

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.