Adat Melayu Tonggak Perpaduan, Generasi Muda Perlu Didedah Sejak Awal – Raja Muda Perlis

Khutbah Khas Perlis Tegaskan Peranan PDRM Sebagai Benteng Negara

KANGAR, 27 Mac 2026 — Khutbah khas sempena sambutan Hari Polis ke-219 yang disampaikan di masjid-masjid seluruh negeri Perlis semalam menyeru masyarakat agar menghargai peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai benteng utama keselamatan negara.

Khutbah tersebut menegaskan bahawa kewujudan pasukan polis bukan sahaja untuk menguatkuasakan undang-undang, malah berperanan menegah kemungkaran serta memastikan keamanan dan keadilan terus terpelihara.

Sehubungan itu, masyarakat digesa untuk terus memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada pihak polis dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, manakala anggota PDRM pula diingatkan supaya berpegang teguh kepada nilai amanah, integriti dan keikhlasan dalam melindungi rakyat.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurus Said, Santan.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Keberangkatan Baginda disambut Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim bersama Timbalan Ketua Polis Perlis yang baharu, SAC Zaihairul Idrus serta barisan pegawai kanan PDRM Perlis.

Bersempena sambutan itu, umat Islam diajak memperkukuh tekad dalam memelihara keamanan negara serta mempererat hubungan antara masyarakat dan pasukan keselamatan demi kesejahteraan berpanjangan.

Khutbah turut menekankan bahawa setiap usaha dan pengorbanan dalam menegakkan keamanan bukan sahaja mencegah jenayah, malah merupakan satu amanah besar serta jihad yang dijanjikan ganjaran oleh Allah SWT.

Masyarakat juga diseru agar terus berdoa supaya negara kekal aman, rakyat hidup sejahtera dan syiar Islam sentiasa terpelihara.

Foto: MAIPs

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.