Bulan Ramadan waktu sesuai bersihkan diri dan jiwa dari sifat negatif – Raja Muda Perlis

Bulan Ramadan waktu sesuai bersihkan diri dan jiwa dari sifat negatif – Raja Muda Perlis

16 MAC 2025

Bulan Ramadan adalah waktu yang sesuai untuk membersihkan hati dan jiwa daripada sifat-sifat negatif seperti iri hati, dengki, dan sifat buruk lain.

Setelah itu, ambillah peluang untuk memperbaharui amalan ibadah, berdoa, meningkatkan kesabaran dan ketaatan kepada Allah, memohon keberkatan dalam kehidupan serta memperbanyakkan amal soleh seperti membaca al-Quran, berzikir, dan bersedekah.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Santan dekat Kangar baru-baru ini.

MERUPAKAN AKTIVITI MINGGUAN

Kayuhan amal anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini merupakan aktiviti mingguan dengan kerjasama ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf terpilih yang memerlukan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah pada edisi kali ini kepada Mohzan Ahmad, 48 dari Jalan Santan, Midah Man, 85 dari Kampung Padang Lati dan Azmi Ismail, 71 dari Kampung Baroh. – JM

Oleh: Sholina Osman

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.