ISTIADAT KONVOKESYEN KE-20 UniMAP JULUNG KALI DI DEWAN TUANKU CANSELOR PAUH PUTRA

Pauh Putra, 4 September 2025 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal melakar sejarah apabila Istiadat Konvokesyen Ke-20 akan berlangsung buat pertama kali di kompleks baharu Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra dari 22 hingga 25 November 2025.

Sebanyak lapan sidang konvokesyen dijadualkan sepanjang empat hari penganjuran, melibatkan lebih 3,800 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian – Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Diploma serta Program Profesional.

Graduan berkenaan hadir daripada fakulti dan pusat pengajian berikut:

Maklumat ini dipersembahkan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP sempena Taklimat Istiadat Konvokesyen Ke-20 yang berlangsung di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Pro Canselor UniMAP. Hadir sama Pendaftar Universiti, Norsyahiza Hamzah.

Bersempena dengan istiadat gilang-gemilang ini, UniMAP turut menganjurkan Festival Konvokesyen Ke-20 bermula 19 hingga 26 November 2025 di Dataran Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra. Festival selama lapan hari itu bakal mengisi pelbagai aktiviti membabitkan warga universiti, pelajar, alumni dan masyarakat.

Penganjuran konvokesyen kali ini bukan sekadar meraikan pencapaian graduan, malah menjadi simbol komitmen UniMAP dalam melahirkan modal insan berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.