LAWATAN RAJA MUDA PERLIS KE IBU PEJABAT UNON DIKENANG SEBAGAI PEMANGKIN JALINAN STRATEGIK ANTARABANGSA

Nairobi, 26 Julai 2025 – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi (UNON) menzahirkan komitmen berterusan terhadap kelestarian pembangunan mampan dan kerjasama rentas agensi dalam usaha memperkukuh kesejahteraan global, khususnya di benua Afrika.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah UNON, Zainab Hawa Bangura sempena sesi kunjungan delegasi Safar Ilmi MAIPs yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, ke Kompleks PBB di Gigiri – satu-satunya kampus utama PBB yang beroperasi di negara membangun.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah anakanda baginda, Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, TYT Ruzaimi Mohamad; Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor; dan Setiausaha Kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Syarafina Adilah Ahmad Nasir.

Lawatan hampir sejam itu menyaksikan pembentangan mengenai usaha penaiktarafan fasiliti UNON termasuk ruang persidangan, pejabat dan prasarana digital bagi menyokong lebih 20 agensi PBB. Antara agensi utama ialah UNEP yang memacu dasar alam sekitar global dan UN-Habitat yang menumpukan kepada pembangunan bandar mampan.

Tuanku Raja Muda turut berkongsi pengalaman MAIPs menjalin kerjasama strategik dengan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dalam misi kebajikan berteraskan nilai Islam inklusif, yang turut menyokong operasi PBB bersama UNHCR, WHO dan OCHA.

Zainab dalam taklimatnya turut menyanjung peranan Malaysia sebagai negara anggota aktif dalam PBB menerusi pelbagai inisiatif dalam bidang pembangunan lestari, bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pengurusan pelarian – menjadikan Malaysia rakan strategik yang diyakini di peringkat antarabangsa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.