Oleh: Sholina Osman
10 SEPT. 2025
Me’nate Steak Hub melaksanakan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) di sekitar Guar Sanji, Arau, Perlis.
Program tersebut dilaksanakan di Masjid Al-Barakah, Jelempok dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Me’nate Steak Hub diwakili oleh Azuan Ariffin (Pengarah Eksekutif), Shahrizal Jelani (Ketua Pegawai Operasi), dan Che Shahsarizan Che Seman (Pengurus Wilayah Utara).
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan meluangkan masa berangkat menyaksikan majlis penyerahan wang tunai serta pek burger Angus kepada 20 orang anak yatim terpilih dari kalangan anak kariah masjid itu.
MENYUMBANGKAN WANG TUNAI
Sebagai tanda sokongan kepada program kemasyarakatan ini, Me’nate Steak Hub turut menyumbangkan wang tunai dan menyediakan ‘Nate Executive Box’ berisi hidangan istimewa Menate untuk 3 buah keluarga asnaf yang disantuni ketika mengiringi Tuanku Raja Muda semasa kayuhan MAIPs Peduli selepas program itu.
Penglibatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Me’nate Steak Hub dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat serta menyokong inisiatif kebajikan dan kesihatan yang dianjurkan di negeri Perlis terutamanya melalui MAIPs.
“Me’nate bukan sekadar sebuah jenama makanan, tetapi kami ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dengan menyumbang kembali kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti sosial, kebajikan, dan kemasyarakatan,” kata Azuan Ariffin, Pengarah Eksekutif Me’nate Steak Hub. – JM
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia