Pengukuhan institusi kekeluargaan terus jadi tunjang bentuk sahsiah anak-anak – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
6 OKT. 2025

Dalam menghadapi pelbagai cabaran sosial masa kini, pengukuhan institusi kekeluargaan terus menjadi tunjang utama dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak.

Keluarga merupakan benteng pertama dan paling penting dalam membina asas moral serta nilai kehidupan yang seimbang bagi setiap individu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa pendidikan awal yang bermula dari rumah, khususnya melalui penerapan nilai-nilai agama, kasih sayang dan budi pekerti oleh ibu bapa atau penjaga, memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk jati diri anak-anak.

MENGHADAPI PENGARUH DUNIA

“Didikan yang berasaskan keimanan dan nilai murni ini menjadi panduan yang membolehkan mereka menghadapi pengaruh dunia moden dan teknologi masa kini dengan lebih bijak serta beretika,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian penutup ‘Seminar Pembangunan Modal Insan: Keluarga Ku Bestari, Masyarakat Lestari Siri 1’ yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia Negeri Perlis, Muhammad Azmir Azizan.

Turut hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

AGENSI AGAMA ISLAM

Seminar yang dikendalikan oleh AMMK (Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia) dengan kerjasama Yayasan Islam Perlis (YIPs) selaku urusetia berserta semua agensi agama Islam di Perlis ini bertujuan memberi pendedahan tentang kaedah membina keluarga berteraskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dalam usaha melahirkan keluarga berjiwa rabbani.

Peserta seminar terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perlis bersama ibu bapa masing-masing.

Antara topik utama seminar ini adalah Keluarga Ku Bestari, Masyarakat Lestari serta Kisah dan Taranum. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.