Pengunjung perlu guna peluang teroka budaya, alam, warisan di bumi Perlis – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
24 OKT. 2025

Setiap pengunjung ke negeri Perlis hendaklah menjadikan peluang kehadiran masing-masing sebagai detik berharga untuk meneroka keunikan budaya, alam semulajadi serta warisan menarik yang terdapat di bumi negeri ini.

Kunjungan ke negeri Perlis juga bukan sahaja akan mencipta kenangan manis, tetapi juga akan menjadi pencetus kepada lawatan susulan dan minat yang berterusan terhadap negeri yang tidak luas dari segi geografi, namun besar dari segi nilai dan potensinya.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat melancarkan promosi masakan tradisional negeri Perlis sempena pelancaran ‘The Westin Residences Penang’ baru-baru ini.

Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

MEMPERKENALKAN RESIPI TRADISIONAL

Dalam majlis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), VST Group of Companies dan Westfield Global tersebut, Baginda memperkenalkan resipi tradisional berasaskan kuah berempah Kurma Daging Perlis yang disediakan khas oleh Eksekutif Chef Marriott Hotel Pulau Pinang, Azhar Azmi.

Hidangan autentik berkenaan melambangkan kekayaan warisan kulinari Perlis serta potensinya untuk terus diraikan dalam suasana perayaan dan jamuan kekeluargaan.

Sebagai tanda penghargaan, Baginda berkenan menyerahkan sijil penghargaan kepada Marriott Hotel Pulau Pinang, yang diterima oleh Chef Azhar dengan iringan Pengurus Besarnya, Adrian Chua.

Menariknya, hidangan ini turut diperkenalkan di peringkat antarabangsa menerusi sesi Perlis Food Promotion di Indonesia baru-baru ini, dan di Sadao, Thailand tidak lama lagi, sekali gus mengangkat martabat Kurma Daging Perlis sebagai salah satu sajian warisan istimewa negeri yang wajar diketengahkan di persada antarabangsa. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.