Foto: MAIPs
23 JUN 2026
Sebarang perbezaan pandangan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan.
Bagaimanapun perbezaan itu tidak seharusnya membawa kepada perpecahan, perselisihan yang berpanjangan, atau melemahkan institusi atau organisasi masing-masing.
Masyarakat di segenap peringkat perlu belajar untuk mengenepikan perbezaan yang tidak membawa manfaat dan mengutamakan perkara yang lebih besar dan utama iaitu menjaga kepentingan negeri, agama, memelihara keharmonian umat, dan mempertahankan kewibawaan institusi atau organisasinya.
DIPERKASAKAN DENGAN KEBIJAKSANAAN
Secara spesifiknya, institusi agama perlu diperkasakan dengan kebijaksanaan, kematangan, serta sifat saling menghormati antara satu sama lain.
Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan kecil agihan zakat MAIPs kepada Masjid Mahanak di 18 Sou Krungman, Pomprab, Bangkok yang diterima oleh Ahli Jawatankuasa bagi pihak Masjid berkenaan, Vittamat Choysukumam.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut mengiringi Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan isteri, Datin Zuhaila Abd Latif. – JM
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia