Raja Muda lancar promosi “Kurma Perlis”, Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Satun

107

1 MAC 2025

Sudah menjadi kelaziman kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, apabila berada di luar negara, Baginda komited untuk memperkenalkan “Perlis Food Promotion”.

Baginda berkenan memperkenalkan “Kurma Perlis” yang menjadi identiti masakan dari negeri yang paling ke utara ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH

Sekali lagi sempena Program Ziarah Mahabbah Ihyak Ramadan MAIPs Bersama Tuanku Raja Muda Perlis serta Delegasi Ke Wilayah Satun, Thailand Bagi Tahun 2025, Baginda terus mempromosi masakan dari Perlis.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Baginda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan

Negeri, Datuk Rahimi Ismail, Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

PROMOSI KURMA PERLIS

Kali ini Baginda mempromosi “Kurma Perlis di Navakiri Boutique Resort Satun.

Berikutan itu, Navakiri akan menyediakan menu Kurma Perlis selama sebulan untuk pelanggan yang menginap di hotel yang baharu dibuka ini.

Kurma Perlis ini disediakan oleh pengusaha Shamiza Restoran di Kampung Gial, Perlis yang akan membimbing tukang masak di restoran berkenaan menyediakan menu istimewa ” “Kurma Daging Perlis’.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.