Raja Muda Perlis Ingatkan Jemaah Kali Pertama Rancang Ziarah dan Umrah Dengan Teliti

Ingatkan Jemaah

31 Disember 2025. Madinah, Arab Saudi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan para tetamu Tanah Suci buat kali pertama agar merancang dengan teliti perjalanan ziarah dan umrah masing-masing bagi mengelakkan perkara tidak diingini yang boleh mengundang pelbagai rantaian masalah.

Menurut Baginda, dua perkara utama perlu diberi perhatian, iaitu persediaan diri dan pemilihan pengurusan perjalanan. Persediaan diri merangkumi tahap kesihatan yang baik, penguasaan ilmu ibadah yang mencukupi, serta kesiapsiagaan mental dan fizikal. Dalam masa yang sama, pemilihan pengurusan perjalanan yang berdaftar, telus dan berkaliber hendaklah diutamakan demi kelancaran ibadah.

Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas Baginda berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs melalui Pejabat Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh Konsul (Pentadbiran/Konsular/Kewangan) Malaysia di Jeddah, Raja Hanizam Putra Raja Najamudin baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda-anakanda Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.