Raja Muda Perlis Lancar Produk Kurma Perlis, Serlah Keunggulan Warisan Kulinari Negeri

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 — Warisan kulinari Negeri Perlis melangkah ke era baharu dengan pelancaran Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis, yang menampilkan dua hidangan istimewa — Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis — hasil usaha RG Food Industries Sdn. Bhd. (RGFI) dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Perlis.

Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dalam suasana penuh gilang-gemilang yang turut menyerlahkan keunikan cita rasa dan kekayaan warisan kulinari negeri di utara tanah air itu.

Warisan Tradisi Dihidupkan Semula
Kedua-dua hidangan istimewa ini bukan sekadar juadah, tetapi simbol seni masakan tradisional Perlis yang diwarisi turun-temurun.
Ia dirumus dengan adunan rempah asli Perlis serta diolah semula melalui sentuhan inovasi moden, menepati cita rasa pengguna masa kini tanpa menjejaskan keaslian aroma dan keharuman rempah tradisionalnya.

“Produk sebegini bukan sahaja memelihara warisan kulinari tempatan, tetapi memperkukuh identiti Perlis sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan keunikan rasa,” titah Tuanku Syed Faizuddin dalam majlis pelancaran itu.

Cetusan Inspirasi Diraja
Inisiatif berimpak tinggi ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis sendiri bersama anakanda puteri, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, dengan hasrat memperkenalkan serta memperkukuh promosi masakan autentik Perlis di pentas nasional dan antarabangsa.

Usaha tersebut direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan RGFI, menjadikan ia contoh sinergi antara tradisi, inovasi dan tanggungjawab sosial korporat.

Teknologi Baharu, Rasa Asli Terpelihara
Sebagai peneraju dalam produk Ready to Cook (RTC) dan Ready to Eat (RTE), RGFI menggunakan teknologi Thermal Decontamination System (TDS) yang mengekalkan rasa asli, kesegaran dan kualiti premium seperti masakan tradisional sebenar.
Langkah ini membuka peluang luas kepada pengkomersialan produk tempatan berasaskan resipi tradisional dengan standard kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabangsa.

Hadir Sama Pemimpin Negeri dan Industri
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail, Pengerusi Eksekutif RGFI, Datuk Mohd Radzuan Abdullah, serta Pengarah La Changgung Marketing, Sulia Awang.

Selain Kurma Daging dan Ayam Perlis, RGFI turut memperkenalkan beberapa produk baharu hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan seperti Gulai Daging Rebung Utara, Pekasam Timah Tasoh Perlis, dan Belacan Madu Kuala Perlis.

Warisan Gastronomi Perlis ke Persada Dunia
Pelancaran Kurma Perlis menandakan langkah strategik dalam memperkasa ekonomi tempatan, memperluas promosi budaya serta mengangkat jenama Perlis sebagai destinasi kulinari yang memiliki identiti tersendiri.

Usaha ini sekali gus membuktikan bahawa warisan tradisional, apabila digembleng dengan inovasi moden dan kepimpinan berwawasan, mampu melonjakkan nilai ekonomi dan warisan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.