Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan terima mengadap ikon fesyen dunia Guo Pei

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan terima mengadap ikon fesyen dunia Guo Pei

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2026 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima mengadap pereka fesyen tersohor antarabangsa kelahiran China, Guo Pei, dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini. Astronomi

Turut berangkat ialah anakanda-anakanda puteri Baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Guo Pei merupakan antara nama berpengaruh dalam dunia fesyen antarabangsa dan terkenal dengan keupayaannya menggabungkan unsur sejarah, budaya serta kemegahan era dinasti maharaja China dengan sentuhan dan potongan fesyen Barat moden.

Keistimewaan karya beliau terserlah menerusi ketelitian tinggi dalam setiap rekaan, sehingga busana yang dihasilkan bukan sekadar pakaian, malah dianggap sebagai karya seni.

Sebahagian rekaannya mengambil masa ratusan jam untuk disiapkan dengan kerja tangan yang rumit, termasuk penggunaan teknik sulaman tradisional China yang diwarisi sejak turun-temurun.

Pendekatan itu menjadikan setiap ciptaan Guo Pei mempunyai identiti tersendiri, selain menampilkan kekayaan warisan budaya dalam bentuk haute couture kontemporari.

Keunggulan karya Guo Pei turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila hasil rekaannya dipamerkan di institusi dan muzium terkemuka dunia, termasuk Metropolitan Museum of Art di New York dan Victoria and Albert Museum di London.

Pengiktirafan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan Guo Pei sebagai antara ikon haute couture Asia yang berjaya mencipta nama di pentas fesyen dunia. Pereka& Koleksi Fesyen

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.