Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan melancarkan Malam Citrawarna Kuala Perlis 2026 Festival Rakyat 3.0 yang berlangsung dengan meriah di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.
Majlis bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Baginda ini turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Festival yang memasuki tahun ketiga ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan.
Jabatan-jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam perarakan kereta berhias yang kreatif.
TARIAN WARISAN TRADISIONAL
Artis JKKN bersama penari Tarian Ayam Didik mempersembahkan tarian warisan tradisional.
Para pengunjung berpeluang melihat keunikan pakaian tradisi menerusi Himpunan Melayu Berbusana serta pertunjukan bunga api yang berwarna-warni menjadi acara kemuncak yang menceriakan suasana malam di akhir program.
Acara ini berjaya memacu serta menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
MERANCAKKAN EKONOMI PENDUDUK
Suntikan tajaan daripada rakan strategik dapat membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat serta gabungan elemen seni dan budaya ini mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan umat negeri ini.
Secara keseluruhannya, festival ini bukan sahaja memelihara warisan bangsa, malah berjaya membuktikan Perlis sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik, harmoni, dan berdaya saing di peringkat kebangsaan. – JM
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia