4Disember 2025.
Kangar.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan berangkat menerima kunjungan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar.
Turut berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali berada di Perlis sempena Majlis Perasmian Peluncuran Buku Never Fully Invest at All Times dan Peluncuran Tahun Bisnes Koperasi ANGKASA Perlis 2026, yang diadakan di Kangar ya g mana di majlis tersebut Tun Mohd Ali menerima daripada Tuanku Raja anugerah ‘Tokoh Penggiat Melayu Nusantara’.
Yang di-Pertua Negeri Melaka itu turut mengadakan lawatan ke Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Kehadiran dan kunjungan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan baik antara Melaka dan Perlis, malah turut mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong agenda pembangunan, pemerkasaan masyarakat serta pemacu pertumbuhan negeri secara berterusan.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia