ARAU, 29 Julai – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dalam satu majlis yang berlangsung di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, hari ini.
Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri.
Majlis tersebut menjadi lambang hubungan erat antara Institusi Diraja Perlis dengan Tentera Darat Malaysia, selain menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan angkatan itu dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjamin keselamatan rakyat.
Hadir sama Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim; Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim; serta Pengarah Rancang Markas Tentera Darat (MKTD-G5), Kolonel Mazuhir Md. Amin.
Majlis menghadap itu turut menjadi platform memperkukuhkan kerjasama strategik antara kepimpinan Tentera Darat Malaysia dengan kepimpinan negeri Perlis dalam pelbagai aspek berkaitan keselamatan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Kolonel Yang Dipertua Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) terus memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara Institusi Diraja dan Angkatan Tentera Malaysia. PertahananKeselamatan Malaysia
Pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen bersama untuk terus memelihara keamanan, kestabilan serta kemakmuran negara menerusi kerjasama erat antara institusi pertahanan dan Institusi Diraja.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia