KUALA LUMPUR, 6 Mei — Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri ‘Karen Barnes Dance Annual Gala Dinner Show 2026’ yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh pengasas studio tari berkenaan, Karen Barnes.
Majlis berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Donna Presley, sepupu kepada legenda muzik dunia Elvis Presley, serta Presiden National Association of Teachers of Dancing, Kevin Page.
Acara tahunan tersebut merupakan kemuncak kepada perjalanan latihan intensif para pelajar Karen Barnes Dance di Bangsar, sebuah institusi seni yang konsisten melahirkan bakat muda berdisiplin tinggi dan berdaya saing dalam bidang seni persembahan.
Pentas gala berkenaan menampilkan pelbagai genre tarian termasuk ballet, modern, tap dan kontemporari yang dipersembahkan dengan ketelitian teknik serta kehalusan ekspresi artistik.
Dalam suasana makan malam gala yang elegan, para tetamu turut disajikan dengan persembahan koreografi memukau yang memperlihatkan kemampuan penari cilik dan remaja menguasai gerak tari dengan ketepatan, kekuatan emosi serta penghayatan seni yang mendalam.
Lebih daripada sekadar persembahan pentas, Karen Barnes Dance terus menyerlah sebagai institusi yang menitikberatkan pembentukan sahsiah melalui seni persembahan.
Pendekatan pendidikan holistik yang diterapkan bukan sahaja membina disiplin tinggi, malah menyemai nilai kepimpinan serta semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan generasi muda.
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam dunia seni tari, Karen Barnes juga merupakan ahli International Dance Council di bawah naungan UNESCO, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memartabatkan seni tari di peringkat antarabangsa.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia