Raja Puan Muda Perlis Rasmikan Forum Kesedaran Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak–Kanak

Raja Puan Muda Perlis Rasmikan Forum Kesedaran Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak–Kanak

Kangar, 9 November 2019 – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan “Forum Kesedaran Mengenai Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak– “Kanak Serta Cara–Cara Menanganinya” pada pagi tadi.

Majlis anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPM) Cawangan Perlis tersebut diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Taman Budaya, Persiaran Wawasan, Kangar.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda Perlis disambut okeh Yang DiPertua PPM Cawangan Perlis, Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman serta para kepimpinan tertinggi Persatuan berkenaan.

Menurut Tengku Shireen, forum ini bertujuan untuk menerangkan kepada masyarakat terutamanya pelajar–pelajar tentang permasalahan jenayah dan penderaan seksual kanak–kanak yang semakin menular pada masa kini.

Masyarakat perlu didedahkan bagaimana ianya boleh berlaku dan cara–cara untuk mengatasi permasalahan ini dengan menjadi masyarakat yang lebih prihatin.

Kepentingan sebagai masyarakat yang bermaklumat dan peka sangat diperlukan dalam mencegah berlakunya perkara ini secara berleluasa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.