RHB Islamic bantu warnai kampung nelayan, perkasa ekonomi asnaf Kuala Perlis

RHB Islamic bantu warnai kampung nelayan, perkasa ekonomi asnaf Kuala Perlis

RHB Islamic bantu warnai kampung nelayan, perkasa ekonomi asnaf Kuala Perlis
KUALA PERLIS, 23 Ogos 2026: Usaha mentransformasikan perkampungan nelayan di Kuala Perlis bukan sekadar menceriakan wajah kampung, malah diperluaskan kepada usaha memperkasa ekonomi penduduk apabila RHB Islamic Bank Berhad tampil menyokong golongan asnaf menerusi bantuan keusahawanan dan penambahbaikan kediaman.

RHB Islamic menyediakan peruntukan pembelian cat kepada pemilik 21 rumah di sekitar Kampung Baru Seberang Ramai sebagai sokongan terhadap Program Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. MemohonPinjaman Dan Kemudahan Kredit

Dalam masa sama, bank berkenaan menyalurkan sumbangan RM30,522.38 kepada MAIPs menerusi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bagi membantu golongan asnaf membina sumber pendapatan lebih mampan.

Sumbangan menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf Perlis 2026 itu digunakan untuk membiayai pelbagai inisiatif keusahawanan termasuk kedai gunting rambut, gerai makanan serta perniagaan kek dan pastri.

Antara perniagaan yang menerima manfaat ialah Barbershop Komuniti, Lokching, Air Bancuh dan Masakan Panas, Kek dan Pastri Komuniti, Makanan Ringan, Ice Blended serta Masakan Panas.

Setiap usahawan menerima bantuan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 dalam bentuk keperluan dan kelengkapan bersesuaian mengikut bidang perniagaan masing-masing.

Bantuan berkenaan diharap dapat meningkatkan kapasiti operasi perniagaan, seterusnya membuka ruang kepada penerima untuk menambah pendapatan dan bergerak ke arah kehidupan lebih berdikari.

Simbolik penyerahan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan mengadakan lawatan ke premis perniagaan usahawan ATAM sempena Kayuhan MAIPs Peduli dengan kerjasama RHB Islamic Bank Berhad di sekitar Kuala Perlis, Jumaat lalu. MembacaPanduan Dan Catatan Pelancongan

Turut mengiringi Baginda ialah Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs Peduli kepada tiga asnaf terpilih.

Mereka ialah Ladin Teh, 52, dari Kampung Seberang Ramai; Kamilah Omar, 52, dari Kampung Tengah Seberang Ramai dan Ishak Hussin, 59, dari Kampung Baru Seberang Tandiap.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian pendekatan MAIPs bersama rakan strategiknya untuk memastikan bantuan kepada golongan asnaf tidak hanya tertumpu kepada keperluan semasa, sebaliknya turut menyediakan laluan kepada kemandirian ekonomi menerusi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Pendekatan itu juga menyaksikan transformasi fizikal Kampung Nelayan Warna Warni bergerak seiring dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat, sekali gus memberi nilai tambah kepada usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti di Kuala Perlis.

Foto: MAIPs

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.