Setiap usahawan adalah ‘duta kecil’ Perlis ketika perkenal produk, sertai program – Raja Muda

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa setiap setiap usahawan adalah ‘duta kecil’ kepada Perlis sama ada ketika memperkenalkan produk, menyertai program, mahupun di ruang maya media sosial.

Bagaimanapun titah Baginda apa yang utama bawalah nama baik negeri Perlis dengan penuh rasa
tanggungjawab dan maruah diri.

“Oleh itu, rebutlah segala peluang yang ada, tuntutlah ilmu, luaskan pasaran produk negeri Perlis serta jangan sekali-kali mengabaikan hubungan kita dengan Allah
sumber keberkatan dan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mencari rezeki serta pendapatan,” titah Baginda.

PASAR TANI KEKAL

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan majlis perasmian Karnival Jualan Agro Madani @ Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat, Arau, Perlis yang berlangsung selama empat hari mulai 16 November.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Shahrizan Sudiman dan Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan.

Baginda juga berkenan melakukan lawatan di beberapa reruai pada karnival berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengurusan Tertinggi FAMA dari peringkat Ibu pejabat dan juga Negeri Perlis yang berjaya melaksanakan
program pada hari ini dengan jayanya.

PERLU TERUS DIPERKUKUH

“Jalinan kerjasama antara agensi Persekutuan dan Negeri perlu
terus diperkukuhkan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan
program yang memberi manfaat serta dapat dinikmati oleh seluruh umat negeri Perlis,” titah Baginda.

Baginda bertitah Inisiatif program ini harus diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri Perlis melalui sinergi bersama agensi seperti Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda memberi contoh, langkah FAMA yang menyemarakkan Dataran
ABC MAIPs melalui operasi Pasar Tani FAMA adalah satu usaha
yang sangat berkesan.

KEPADA GOLONGAN ASNAF

Titah Baginda inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah turut memberi peluang kepada golongan asnaf untuk menambah pendapatan mereka.

Baginda bertitah semua pihak, sama ada agensi, jabatan, mahupun usahawan perlu berganding bahu dalam mempelbagaikan pengeluaran
barangan dan seterusnya memperkenalkan produk tersebut
kepada pengunjung luar, khususnya sempena kempen Tahun
Melawat Perlis 2024-2026 yang kini sedang rancak berlangsung.

“Inisiatif sebegini harus dimanfaatkan secara bijaksana, dengan
memastikan usahawan sentiasa berada di landasan yang betul
untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi negeri Perlis,” titah Baginda. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.