Warga MAIPs, Semua Pihak Bersama Institusi Ini Perlu Amal Budaya Kerja Berteraskan Integriti – Raja Muda

Warga MAIPs, Semua Pihak Bersama Institusi Ini Perlu Amal Budaya Kerja Berteraskan Integriti – Raja Muda

Seluruh warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan semua pihak yang bersama institusi ini diharap agar terus mengamalkan budaya kerja yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan semangat kebersamaan.

Peliharalah nama baik institusi agama ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan ketelusan.

Justeru, marilah bersama-sama memikul amanah ini dengan hati yang ikhlas, niat yang baik dan semangat yang bersatu demi memastikan MAIPs kekal kukuh, dihormati dan terus menjadi institusi yang membawa rahmat kepada Ummah.

MEMPENGERUSIKAN PERSIDANGAN MESYUARAT

Demikian menurut kenyataan MAIPs, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ketiga Bagi Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) di Pauh Putra baru-baru ini.

Menyambut keberangkatan Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada masa yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa sesungguhnya, kepercayaan yang dipikul oleh MAIPs pada hari ini bukanlah suatu tanggungjawab yang ringan.

Cabaran yang dihadapi semakin besar dan pelbagai. Namun begitu, Tuanku Raja Muda percaya bahawa setiap ujian boleh dihadapi dengan baik sekiranya semua pihak mempunyai kesatuan hati, kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan mandat yang diberikan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.