Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Teruskan Amalan Baik Ketika COVID-19 – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Teruskan Amalan Baik Ketika COVID-19 – Raja Perlis

Teruskan Amalan Baik Ketika COVID-19 – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 12 Jun 2020 14:58

ARAU, 11 Jun 2020  – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihati rakyat agar meneruskan normal baharu yang diamalkan ketika semua pihak memerangi pandemik COVID-19 dengan mengetepikan perbezaan kaum dan agama mahupun pegangan politik.

“Kita tidak boleh ubah Malaysia demi kepentingan kita, tetapi kita berubah untuk Malaysia dan praktikkan apa yang baik telah dilakukan sebelum ini,” titah baginda pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Balai Mengadap, Istana Arau di sini, hari ini.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut berterima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang berkorban demi menjaga kepentingan rakyat dalam usaha melawan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Pada masa sama, Raja Perlis meminta rakyat bersabar dengan kekangan yang dilaksanakan pada masa ini termasuk berhubung kebenaran mengerjakan solat berjemaah di masjid dan surau.

~Sumber daripada BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE