Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Dinasihatkan Agar Berbelanja Dengan Lebih Cermat – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Dinasihatkan Agar Berbelanja Dengan Lebih Cermat – Raja Muda Perlis

Rakyat Dinasihatkan Agar Berbelanja Dengan Lebih Cermat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 16 Jun 2020 10:22

Kangar. 16 Jun 2020 - RAKYAT dinasihatkan agar berbelanja dengan lebih cermat dan berhemah dalam menghadapi fasa pasca penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Selain itu, rakyat juga diseru supaya lebih berbelas kasihan dan saling bantu membantu antara satu sama lain agar tiada individu yang terputus bekalan makanan sehingga keadaan ekonomi global benar-benar kembali pulih.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah di kebun serai dan ternakan kambing yang diusahakan oleh Kasim Shaharuddin (013-4600029) di Lorong Tepi Bukit, Kampung Bukit Chabang, Padang Besar sempena program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali yang ke 22 bagi tahun 2020 baru-baru ini.

Menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Hakim Mahkamah Syarie Perlis YAA Ibrahim Deris.

Akibat pandemik Covid-19, Tuanku Raja Muda turut menyuarakan kebimbangan terhadap golongan berpendapatan rendah yang mungkin tidak mempunyai kemudahan serta akses kepada teknologi untuk menjana pendapatan sendiri dan berharap supaya mereka tidak ketinggalan dalam era hidup kelaziman baharu.

Dijangka jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin juga akan semakin besar di mana semakin ramai akan dihimpit kemiskinan jika langkah-langkah bersesuaian tidak diambil dengan segera sama ada oleh diri sendiri mahupun pihak-pihak yang berkewajipan untuk membantu.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut mengiringi baginda memuji usaha Kasim seorang individu kampung yang mempamerkan kesungguhan dan kerajinannya membanting tulang empat kerat sekaligus bertepatan dengan hasrat ke arah melahirkan ‘Rakyat Negeri Perlis Hidup Bersih’ selain turut bersungguh-sungguh memelihara keindahan alam. 

~Sumber daripada Suara Merdeka~



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE