Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Berganding bahu jayakan pertanian Harumanis Perlis – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Berganding bahu jayakan pertanian Harumanis Perlis – Raja Muda Perlis

Berganding bahu jayakan pertanian Harumanis Perlis – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 Jun 2020 07:56

SEMUA pihak diharap akan terus berganding bahu menjayakan sektor pertanian negeri Perlis khususnya industri Mempelam Harumanis Perlis ke arah kelestarian dan sekali gus terus mengharumkan nama negeri ini ke persada yang paling tinggi.

Pada masa yang sama, peringatan umum kepada semua para pengusaha sebagai persiapan awal bagi menghadapi musim yang akan datang ialah isu penipuan dan kecurian yang sering berlaku sejak harga Harumanis Perlis berada pada tahap yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gejala penipuan ini termasuklah dengan menjual buah berkualiti rendah dengan harga gred A dan menjual buah mangga jenis atau dari tempat lain dengan menggunakan nama Harumanis Perlis.

Kegiatan negatif seperti ini sekiranya tidak segera dibendung, dibimbangi akan mencemar nama baik Harumanis Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 23 bagi tahun 2020 sejauh 25km yang bermula dan berakhir di perkarangan Pusat Ekuin milik Jabatan Veterinar Negeri Perlis di Sungai Batu Pahat.

 

“Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dengan serius supaya industri Mempelam Harumanis Perlis tidak sekali-kali akan terjejas dan musnah disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” tegas baginda.

Menyentuh mengenai kes kecurian pula, pada tahun ini agak terkawal atas beberapa sebab antaranya termasuklah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memperketatkan rondaan.

Pada masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan membolehkan tuan punya kebun menjaga sendiri kawasan masing-masing serta kesedaran masyarakat yang saling bantu-membantu untuk melaporkan dengan pantas kepada pihak berwajib sekiranya terdapat sesuatu tindakan yang mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang mengiringi baginda turut mengingatkan kepada para pengusaha tanaman agar menunaikan zakat tanaman mereka berupa hasil-hasil pertanian seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis terhadap semua hasil pertanian termasuklah bijirin dan buah-buahan seperti padi dan Harumanis.

Beberapa kediaman asnaf terpilih disinggahi di sekitar kawasan Sungai Batu Pahat bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sepanjang kayuhan yang turut melalui kawasan Kelab Golf Putra, kebun-kebun Harumanis Perlis milik Jabatan Pertanian Negeri dan juga persendirian serta dusun buah-buahan.

Di akhir program, baginda beserta para peserta kayuhan turut meluangkan masa singgah di ‘Dusun Genting Nakawan’ yang mengusahakan tanaman durian, cempedak dan beberapa jenis buah-buahan lain lagi oleh Rodzi Dan, 59 yang sejak tahun lalu membuka dusun berkenaan kepada orang ramai secara komersial dengan menawarkan pakej makan durian bersama pulut serta penyediaan makan nasi tengahari secara tempahan. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE