Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Nilai semula kandungan pembelajaran pasca Covid-19 – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Nilai semula kandungan pembelajaran pasca Covid-19 – Raja Muda Perlis

Nilai semula kandungan pembelajaran pasca Covid-19 – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Julai 2020 16:12

Perkara penting yang perlu diinsafi dalam situasi COVID-19 ini adalah kita tidak seharusnya terikat dan taasub dengan peralihan kaedah pembelajaran daripada konvensional kepada maya semata-mata. Hal ini tidak wajar menjadi satu-satunya fokus kita. Sebaliknya, kesan pandemik ini memberi peluang kepada kita menilai semula kandungan pendidikan.

Situasi COVID-19 menyebabkan universiti perlu lebih cakna dan banyak belajar. Belajar berubah dan mengenal hakikat penubuhan untuk terus berkesinambungan. Perubahan dalam kesinambungan ini akan membentuk bagaimana rupa baharu pendidikan tinggi negara supaya tidak memberi kesan buruk dan para pelajar masih boleh mendapatkan yang terbaik.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ‘Majlis Sembah Mengadap Tahunan Oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)’ yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama kooej universiti berkenaan di Kuala Perlis.

Terdahulu baginda dipersembahkan taklimat oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarahnya, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Ts Kamarudin Hussin dan Rektor, Prof. Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Hj. Othman mengenai ‘Perancangan Strategik : 2020-2025’, ‘’Pelan Pengantarabangsaan’ dan Cadangan Pembangunan Kampus Tetap’.

Menurut Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs, tidak dinafikan pendidikan tinggi di Malaysia pasca COVID-19 terdedah kepada dua situasi utama. Universiti semakin intim dengan teknologi dan semakin mengenal erti kemanusiaan. Keseimbangan teknologi dan kemanusiaan sangat penting ketika ini. Lebih kritikal, norma baharu yang diuar-uarkan, mestilah dipasakkan dengan pemikiran dan sikap yang betul. Kita khuatir, tanpanya kita hanya akan mengalami keterujaan yang sama seperti sebelum ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi aspek paling terkesan, malah COVID-19 dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran maya secara radikal. Penangguhan kuliah tidak sama sekali boleh menjadi alasan bagi mengganggu proses pembelajaran kerana pembelajaran bersemuka kini boleh digantikan dengan pembelajaran maya kepada pelajar dan pensyarah termasuklah di KUIPs yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE