Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perketat Proses Pemberian Sijil Halal, Titah Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Perketat Proses Pemberian Sijil Halal, Titah Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Friday, 11 July 2014 00:27

PADANG BESAR, 11 Julai 2014- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah proses pemberian Sijil Halal hendaklah diperketat dengan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan. Baginda bertitah aspek kandungan ramuan, proses sembelihan, pengeluaran, kebersihan premis, persekitaran dan rantaian pergerakan produk akan membuatkan industri berlumba-lumba memberikan kualiti terbaik untuk memenuhi tuntutan halal.

Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk bukan sahaja halal bahkan menepati kriteria bersih, selamat dan mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.' "Peranan kita memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kekal sebagai paling dihormati sangat besar kerana banyak negara termasuk negara bukan Islam kini cuba menjadi pelopor industri halal.

"Negara akan rugi jika tiada usaha ke arah itu dilaksanakan dengan tegas kerana produk yang mendapat Sijil Halal boleh menembusi pasaran seluruh dunia," titah Syed Faizuddin ketika merasmikan masjid Al-Mustaghfirin dan penyampaian sumbangan asnaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 2014/1435H, Bukit Chabang di sini Khamis malam.

Baginda mahu isu halal diberikan fokus dan kedudukan negara sebagai hab halal diperkukuhkan seiring dengan isu halal yang menjadi topik dalam dunia Islam masa kini. Menurut Syed Faizuddin, Malaysia merupakan hab dan perintis sijil halal di dunia menyebabkan segala piawaian berkaitan Pensijilan Halal Malaysia diterima dan diguna pakai oleh negara-negara Islam dan bukan Islam.

Produk halal yang ada masih tidak mampu memenuhi permintaan 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan ini membuka peluang luas untuk usahawan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, titah baginda. Berhubung industri halal di Perlis, baginda gembira kerana ia semakin berkembang dan terdapat pengusaha dalam industri halal sektor Multinasional, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Industri Kecil serta Industri Mikro. Dalam pada itu, baginda melahirkan syukur dan terima kasih dengan Takaful Ikhlas Berhad yang menyumbangkan RM50,000 bagi program-program kemasyarakatan di Perlis tahun ini.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE