Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Terus Pamer Kecemerlangan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Terus Pamer Kecemerlangan - Raja Muda Perlis

MAIPs Terus Pamer Kecemerlangan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Julai 2020 15:36

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta agensi di bawahnya terus mempamerkan kecemerlangan menerusi pelbagai aktiviti termasuk program antarabangsa yang berjaya mengharumkan nama Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah menerusi program-program itu, Perlis berjaya membawa masuk tokoh Islam terkenal di dunia dan mengadakan pertemuan bersama tokoh-tokoh berkenaan.

"Antara tokoh yang terkenal ialah Imam Masjidil Haram Syeikh Dr Maher Al-Muaqly dan Setiausaha Majlis Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Syeikh Prof Dr Mahmud Qadah.

"Selain itu, MAIPs turut bekerjasama melaksanakan program Ziarah Mahabbah Bersama Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman, Thailand," titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Terpilih dan Keterampilan Jabatan serta Agensi Agama Islam di bawah MAIPs 2019 di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah supaya MAIPs mengutamakan calon-calon Pekhidmat Majlis yang mampu memberi nilai tambah kepada agensi itu berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki masing-masing.

"Ini amat penting kerana Pekhidmat Majlis adalah tonggak melestarikan visi dan misi MAIPs. Hanya terbaik boleh membawa MAIPs ke tahap yang lebih membanggakan selain diambil untuk menguatkan jentera sedia ada. Ini adalah salah satu usaha untuk memastikan agar MAIPs dapat terus-menerus merealisasikan slogannya, 'Menjunjung Syiar, Memaju Ummah,'" titahnya.

Pada majlis itu seramai 36 warga kerja daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dan MAIPs menerima anugerah hari ini.

~Sumber daripada BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE