Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Tetapkan SOP Ibadah Korban

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

bahis siteleri casino siteleri deneme bonusu veren siteler bahis siteleri nakliyat firmaları istanbul eşya depolama cialis cialis fiyat istanbul evden eve nakliyat deneme bonusu deneme bonusu deneme bonusu veren siteler İstanbul evden eve nakliyat evden eve nakliyat eşya depolama İstanbul depolama uluslararası evden eve nakliyat şehirlerarası evden eve nakliyat etiler evden eve nakliyat Kurtköy evden eve nakliyat Beşiktaş evden eve nakliyat ataşehir evden eve nakliyat florya evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat bonus veren siteler slot siteleri güvenilir bahis siteleri şehirler arası nakliyat Deneme Bonusu Betz Deneme Bonusu Betz 1 Deneme bonusu veren siteler Bonus veren bahis siteleri Casino siteleri Freespin Yatırımsız deneme bonusu Freebet veren siteler Çevrimsiz deneme bonusu veren siteler Slot casino Deneme bonusu forum Bahisikayet.com Deneme bonusu Deneme bonusu veren siteler Bahis forum Forum bahis Bahis forumu Banko tahmin Sosyal içerik platformu
Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Perlis Tetapkan SOP Ibadah Korban

Perlis Tetapkan SOP Ibadah Korban

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Julai 2020 15:44

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan agar semua masjid serta jabatan atau agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan  dibenarkan untuk mengelola ibadah korban tertakluk kepada prosedur operasi standard keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitahkan bahawa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memperkenankan SOP tersebut.

Pelaksanaan ibadah korban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan, swasta, masjid dan premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan JAIPs.

Waktu korban yang dibenarkan bermula selepas solat sunat hari raya Aidiladha sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada 13 Zulhijjah (31 Julai hingga 3 Ogos 2020).

Sesi-sesi berbeza hendaklah ditetapkan untuk mengekalkan pematuhan SOP, serta waktu-waktu solat fardu hendaklah dihormati sepenuhnya.

Penganjur korban hendaklah menanda, menyukat dan memasang tanda penjarakan sosial dengan mengambil kira ketetapan jarak antara haiwan korban dengan haiwan korban yang lain di lokasi sembelihan dan melapah adalah sekurang – kurangnya 5 meter.

Penjarakan sosial antara petugas di lokasi memotong, menimbang, membungkus dan mengagih adalah sekurang-kurangnya 1 meter.

Daging korban boleh dimasak dan dijadikan jamuan. Walau bagaimanapun proses menyediakan jamuan hendaklah mematuhi jarak sekurang-kurangnya 10 meter dari lokasi penyembelihan, serta jamuan hanya dikhususkan untuk peserta korban dan petugas tetap korban sahaja.

“Adapun jamuan yang selain daripada ini, hendaklah disediakan di luar premis yang menyelenggarakan aktiviti ibadah korban. Bagi kenduri daging korban hendaklah disediakan dalam bentuk bungkusan untuk dibawa pulang, atau diadakan di rumah-rumah persendirian dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Semua petugas di lokasi sembelihan dan pemprosesan daging korban diwajibkan untuk memakai pelitup muka, sarung tangan dan apron bergred kesihatan. Digalakkan untuk penganjur korban menyediakan alat perlindungan yang dinyatakan ini dengan warna dan kualiti yang seragam.

“Melihat kepada suasana yang berlaku di sebahagian tempat yang kembali berhadapan gelombang penularan Covid-19, adalah dinasihatkan kepada semua pihak untuk terus konsisten dalam menjaga SOP keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan.

“Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha yang bakal menjelma, seluruh Umat Islam adalah dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kemaslahatan umum mengatasi kepentingan peribadi. Semoga segala amalan dan pengorbanan kita semua diterima oleh Allah SWT,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Keadaan 3S iaitu bersesak-sesak, ruang yang sempit, tertutup , rapat dan sembang, berbual-bual dalam jarak dekat hendaklah dielakkan sama sekali.

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.