Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bahasa Melayu Berperanan Penting Sebar Islam – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

bahis siteleri casino siteleri deneme bonusu veren siteler bahis siteleri nakliyat firmaları istanbul eşya depolama cialis cialis fiyat istanbul evden eve nakliyat deneme bonusu deneme bonusu deneme bonusu veren siteler İstanbul evden eve nakliyat evden eve nakliyat eşya depolama İstanbul depolama uluslararası evden eve nakliyat şehirlerarası evden eve nakliyat etiler evden eve nakliyat Kurtköy evden eve nakliyat Beşiktaş evden eve nakliyat ataşehir evden eve nakliyat florya evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat bonus veren siteler slot siteleri güvenilir bahis siteleri şehirler arası nakliyat Deneme Bonusu Betz Deneme Bonusu Betz 1 Deneme bonusu veren siteler Bonus veren bahis siteleri Casino siteleri Freespin Yatırımsız deneme bonusu Freebet veren siteler Çevrimsiz deneme bonusu veren siteler Slot casino Deneme bonusu forum Bahisikayet.com Deneme bonusu Deneme bonusu veren siteler Bahis forum Forum bahis Bahis forumu Banko tahmin Sosyal içerik platformu
Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Bahasa Melayu Berperanan Penting Sebar Islam – Raja Muda Perlis

Bahasa Melayu Berperanan Penting Sebar Islam – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 Julai 2020 14:49

Bangsa kita di masa hadapan diharap akan dapat terus mengekalkan nilai tradisi ulung yang diwarisi sejak zaman-berzaman dalam menongkah arus kemajuan semasa.

Bangsa ini juga akan membentuk sebuah ketamadunan unggul dengan akhlak yang dibina bersama. Tanpa akhlak lama-kelamaan bangsa kita akan mulai lenyap daripada sejarah.

Pada masa yang sama, bahasa Melayu yang dibawa oleh Islam melalui para pedagang Arab suatu ketika dahulu inilah sebenarnya menemui ciri-ciri sebenar lingua malayan kerana menjadi bahasa terpenting dalam usaha menyebarluaskan agama Islam ke seluruh Alam Melayu.

Jejaknya dapat dilihat jelas ke serata Kepulauan Sulu-Mindanao Filipina di Utara, Kepulauan Maluku Ternate dan Sulawesi di Timur serta Kepulauan Jawa dan serata pulaunya di Selatan.

Ilmu yang dibincangkan pula dari hari ke hari semakin canggih sehingga akhirnya menyentuh perbincangan falsafah, akidah dan tasawuf.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 12 bagi tahun 2020’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar pada petang semalam.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.  Mohd Nazim pula menambah bahawa sewaktu Portugis sedang marak dengan usaha menyuntik agama dan cara hidupnya dalam tanah Melaka yang baru dijajahnya dahulu, muncul Tun Seri Lanang yang menurut titah perintah Paduka Sultannya untuk melahirkan sebuah adikarya agung, Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, sebagai bekal untuk orang-orang Melayu di masa hadapan agar tidak melupai kedudukan bangsanya, asal usulnya dan pegangan agamanya.

Terdahulu, turut diadakan ialah pengurniaan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf-asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan dan juga ‘Ceramah Hijrah Minda yang disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis’.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai keadaan semasa penularan wabak Covid-19, Tuanku Raja Muda mengingatkan seluruh rakyat di negeri ini supaya terus menerus memastikan agar penjagaan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari yang lain sentiasa dipatuhi semua. 

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.