Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Khutbah Solat Aidiladha 15 Minit Di Perlis – Raja Muda

Khutbah Solat Aidiladha 15 Minit Di Perlis – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 30 Julai 2020 08:26

KANGAR: Pelaksanaan solat Hari Raya Aidiladha Jumaat ini dibenarkan di Perlis dengan tempoh khutbah pula ditetapkan selama 15 minit bermula pukul 8 pagi.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, solat tersebut akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Baginda tertitah, tempat solat yang dibenarkan adalah masjid kariah, akan dibuka seawal pukul 7 pagi dan ruang lapang yang dibenarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Titah baginda lagi, beberapa masjid terpilih juga akan diberikan keizinan mengadakan solat Aidiladha lebih daripada satu sesi berdasarkan keperluan.

“Jemaah dibenarkan hadir menunaikan solat dengan melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter termasuk semasa solat, mendengar khutbah dan ketika keluar masuk masjid. 

“Setiap yang hadir hendaklah merekodkan kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau rekod kehadiran dan mereka yang mempunyai gejala seperti demam atau suhu badan 37.5 darjah celcius ke atas, sesak nafas, sakit tekak dan selsema adalah tidak dibenarkan hadir,” titah baginda kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, individu yang hadir wajib memakai pelitup muka termasuk ketika menunaikan solat, membawa sejadah sendiri dan berwuduk di rumah.

“Semua jemaah hendaklah memastikan tidak melakukan kontak fizikal seperti berjabat tangan dan jemaah hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan selepas khutbah selesai dibacakan.

“Sekiranya keadaan terlalu sesak dan padat, maka sebahagian jemaah boleh segera meninggalkan masjid sejurus selepas menunaikan solat tanpa mendengar khutbah. 

“Oleh kerana hari raya jatuh pada hari Jumaat, mereka yang telah hadir menunaikan solat Aidiladha, mempunyai pilihan sama ada untuk menunaikan solat Jumaat di masjid atau solat Zohor di rumah masing-masing. Perkara ini adalah pendapat sebahagian fuqaha,”  titah baginda lagi.

Dalam pada itu, baginda turut menitahkan supaya petugas masjid melaksanakan proses pembersihan dan nyah kuman pada ruang dan tempat yang kerap dipegang atau disentuh oleh jemaah di samping tidak mengedarkan tabung bergerak sebaliknya dibenarkan tabung statik.

“Saya menasihatkan semua pihak agar bersatu dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dan juga sentiasa menghayati semangat pengorbanan yang terkandung dalam perayaan ini,” titah baginda.

~Sumber daripada UTUSAN Malaysia~

Please publish modules in offcanvas position.