Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Belia Masjid teruja sertai kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Belia Masjid teruja sertai kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Raja Muda Perlis

Belia Masjid teruja sertai kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Ogos 2020 07:44

Arau, 7 Ogos 2020. Belia Masjid Negeri Perlis (BMP) teruja berpeluang menyertai program kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjejaki dan menyantuni asnaf petang semalam.

Tambah istimewa lagi apabila Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengetuai kayuhan berkenaan turut berkenan melibatkan belia masjid daripada beberapa masjid berdekatan untuk menyertai program rutin Baginda tersebut.

Kayuhan kali yang ke-34 bagi tahun 2020 sejauh 10km tersebut bermula dan berakhir di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pauh dan singgah di tiga buah rumah asnaf di kawasan Pasang Siding bagi menyampaikan sumbangan wang tunai, barang makanan dan beras fidyah.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Di akhir program, Pengerusi Belia Masjid Negeri Perlis (BM), Anaqei Zakwan Saifol Zairy, melahirkan rasa bersyukur atas peluang untuk turut serta dalam program berkenaan sekaligus dapat melihat dengan lebih dekat sendiri pendekatan penuh bermanfaat yang dilaksanakan MAIPs dalam menjejaki san menyantuni asnaf di seluruh negeri Perlis.

"Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat turun padang MAIPs melalui paparan media dan laman sosial, tetapi hari ini saya sendiri mendapat pendedahan dan ianya amat baik untuk menjadikan golongan belia berminat melaksanakan aktiviti berfaedah yang dapat membantu mereka yang memerlukan," ujar beliau.

Sempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan meluangkan masa di sebuah perusahan ternakan kambing dan katering "Pak Teh" yang diusahakan Azharudin Othman (017-5732325) di Kampung Padang Siding yang aktif menerima tempahan masakan lauk pauk 'ala Perlis' berasaskan daging kambing. Beliau adalah salah seorang peserta yang terlibat dengan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Usahawan Bimbingan RISDA di negeri ini.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE