Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah semua pihak terus tingkat cegah covid 19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah semua pihak terus tingkat cegah covid 19

Raja Muda Perlis titah semua pihak terus tingkat cegah covid 19

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 18 Ogos 2020 09:01

Kangar, 16 Ogos 2020. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar seluruh rakyat mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan bagi mengekang penularan kes dan wabak COVID-19 di negeri Perlis.

Baginda turut menitahkan seluruh rakyat yang kini merupakan ‘barisan hadapan’ perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan negeri ini bebas penyakit Covid-19 serta mengamalkan kelaziman baharu bagi mengelakkan diri, keluarga tersayang dan komuniti daripada jangkitan berkenaan.

Tambah baginda, "Ketua keluarga merupakan tunjang terpenting kerana jika semua keluarga di negeri Perlis dapat melakukan aktiviti pencegahan, nescaya penyakit berkenaan akan dapat dibendung. Pantaulah status kesihatan diri dan keluarga yang dikasihi. Pastikan ahli keluarga menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah, menjaga penjarakan sosial dan segera mendapatkan rawatan jika bergejala.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan program MAIPs Peduli bilangan ke 37 bagi tahun 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Ar Raudhah Sungai Batu Pahat.

Pada kesempatan yang sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim yang turut mengiringi Tuanku Raja Muda bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dalam program berkenaan menyarankan agar dihadkan kehadiran pelawat ke rumah masing-masing serta berikanlah penjagaan khusus kepada ahli keluarga warga emas dan yang berpenyakit kronik kerana mereka ini boleh mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti Covid-19’.

Terdahulu pada petang yang sama, selain singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan berangkat singgah di Kolam AJ Fishing Sports Sungai Batu Pahat dan dipersembahkan taklimat mengenai aktiviti serta pertandinganmemancing yang dijalankan di kolam itu oleh pengusahanya, Mohd Fadhlullah Yusof.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE