Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis lancar persatuan pengusaha TASKA Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis lancar persatuan pengusaha TASKA Perlis

Raja Puan Muda Perlis lancar persatuan pengusaha TASKA Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Ogos 2020 08:29

Kangar. 20 Ogos 2020. Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada petang semalam berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Pelancaran Persatuan Pengusaha TASKA Negeri Perlis’ yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Penaung Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia ke program yang dianjurkan oleh Persatuan Pengusaha TASKA Negeri Perlis (PPTNPs) itu disambut oleh Pengerusinya Sumayyah Mohamed Radzi dan Setiausaha, Roziah Rasul.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Mohamad Hazam Ismail.

Di majlis yang sama Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menyempurnakan ‘Penyerahan Bantuan Khas Kepada TASKA’ daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia berupa Mock Cek berjumlah RM102,500 khusus untuk pengusaha TASKA yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Untuk rekod, antara objektif utama PPTNPs ialah bagi menyatukan pengusaha-pengusaha TASKA di negeri Perlis, menjaga kebajikan pengusaha-pengusaha TASKA yang berdaftar di negeri ini serta memberi peluang kepada ahli persatuan untuk menjalani latihan kepimpinan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang asuhan kanak-kanak.

Selain daripada itu, ianya diwujudkan bagi mengadakan aktiviti dan kepelbagaian kursus untuk ahli persatuan dalam bidang asuhan, pendidikan dan lain-lain lagi, membantu pengusaha-pengusaha TASKA untuk menghadapi cabaran dalam bidang asuhan kanak-kanak serta melahirkan pengusaha dan pengasuh TASKA yang mahir dan berpengetahuan tinggi dalam bidang asuhan kanak-kanak.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE