Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pupuk budaya kesukarelawan di bangku sekolah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pupuk budaya kesukarelawan di bangku sekolah – Raja Muda Perlis

Pupuk budaya kesukarelawan di bangku sekolah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Ogos 2020 09:15

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan agar budaya kesukarelawan dipupuk di peringkat awal sedari bangku sekolah lagi bagi menjayakan agenda kesejahteraan rakyat secara bersepadu.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat merasmikan Pusat Agihan dan Aktiviti Sukarelawan Negeri Perlis yang dikendalikan oleh Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC), di Kangar semalam.

Titah baginda lagi, budaya ini dilihat mampu mewujudkan masyarakat yang produktif selain dapat membantu mempercepatkan tindakan perlu dan segera serta mempertingkatkan tahap kecekapan agensi kerajaan dalam menangani sebarang permasalahan rakyat.

“Melihat kepentingan semangat kesukarelawan, proses pembudayaan harus dimulakan sedari awal dengan menjadikannya sebagai aktiviti wajib yang menjadi komponen dalam pembinaan jati diri para pelajar di peringkat sekolah.”

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut Pengerusi PVAC, Mohd Effendey Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj. Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Effendey berkata, PVAC adalah persatuan sukarelawan bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dan sentiasa bekerjasama dengan JKM melaksanakan aktiviti kebajikan seperti agihan makanan asas, misi bantuan bencana selain rakan strategik MAIPs dalam penyaluran maklumat dan bantuan kepada masyarakat.

“PVAC kini beroperasi di premis milik MAIPs yang terletak di Kg Repoh, Kangar sedang berusaha untuk meluaskan aktiviti kesukarelawan di kalangan golongan muda selain turut merancang mewujudkan ‘Butik Pakaian Terpilih’ sebagai medium membantu masyarakat yang mempunyai lebihan pakaian untuk berkongsi dengan mereka yang berkeperluan,” jelas beliau.

Masyarakat yang bermurah hati boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui akaun Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis 09010010083384 (BIMB) atau melayari laman sosial Facebook https://m.facebook.com/PVACjkmperlis/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti kebajikan dan kesukarelawan anjuran mereka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE