Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penghuni Rumah Teduh Ceria Sambut Keberangkatan Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penghuni Rumah Teduh Ceria Sambut Keberangkatan Raja Muda Perlis

Penghuni Rumah Teduh Ceria Sambut Keberangkatan Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 26 Ogos 2020 08:47

Kangar - Para penghuni di Pusat Jagaan Rumah Teduh Kangar menyambut dengan penuh ceria keberangkatan tiba Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah sekali lagi berkenan berangkat menyantuni mereka diiringi para peserta program ‘MAIPs Peduli’ kali yang ke 39 bagi tahun ini.

Keberangkatan baginda kali ini diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj. Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta ketua atau wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra meluangkan masa sekitar setengah jam menyantuni dan beramah mesra selain turut berkenan mengurniakan alat tulis dan buku yang diterima oleh Pengurusnya, Harisun Abdul Rahman.

Beberapa doktor dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang turut serta dalam program berkenaan dititahkan oleh Tuanku Raja Muda supaya melaksanakan pemeriksaan kesihatan rambut, mulut dan kuku kepada kanak-kanak yang menghuni rumah berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sebelum itu turut berkenan singgah di sebuah projek sosio-ekonomi usahawan asnaf MAIPs, Mazli Hamzah yang mengusahakan produk kraftangan kulit di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar.

Mazli melahirkan rasa terharu menerima kunjungan diraja dan amat bersyukur di atas segala bantuan yang diterima daripada MAIPs selama ini. Beliau turut menawarkan perkhidmatan tempahan membuat kasut khususnya kepada warga kelainan upaya (OKU) dan boleh dihubungi melalui talian 0194265255.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE