Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kekal guna sejadah sendiri di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kekal guna sejadah sendiri di Perlis

Kekal guna sejadah sendiri di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 28 Ogos 2020 10:24

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, setelah menilai keperluan untuk mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan sebagai ikhtiar mengelakkan kemungkinan penularan semula wabak Covid-19, serta merujuk kepada kenyataan Media YB Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos 2020 lalu berkaitan pelaksanaan kelonggaran penggunaan sejadah di masjid yang tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing, mengumumkan pagi tadi bahawa Baginda telah berkenan menitahkan perkara-perkara berikut:

1- Semua jemaah masjid di seluruh Perlis hendaklah KEKAL menggunakan sejadah sendiri ketika hadir menunaikan solat seperti yang telah dinyatakan pada perkara ke 8 dalam Titah Perutusan baginda terdahulu berkaitan SOP kebenaran menunaikan solat di masjid [Rujuk MAIPs. 100 – 6 Jld 7 ( 82 )] bertarikh 8 Mei 2020 yang lalu.

2- Saiz sejadah yang digunakan hendaklah STANDARD, iaitu melitupi keseluruhan ruang solat setiap seorang jemaah, dari tempat berdiri sehingga ke tempat sujud. Selain itu, sejadah yang digunakan hendaklah dipastikan kebersihannya serta dilipat dan disimpan dengan baik apabila tidak digunakan. Perkara ini adalah untuk memastikan penggunaan sejadah berkenaan mencapai tujuan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan diri demi kepentingan bersama.

Selain perkara yang dinyatakan tersebut, penggunaan sejadah sendiri wajar menjadi budaya di pelbagai tempat termasuklah di tempat kerja, sekolah, hatta semasa bermusafir dan dipraktikkan sebagai salah satu kelaziman baharu bagi mengekalkan kawalan kendiri yang tinggi di kalangan rakyat. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE