Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis menganugerahkan penghargaan kepada barisan hadapan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis menganugerahkan penghargaan kepada barisan hadapan

Raja Perlis menganugerahkan penghargaan kepada barisan hadapan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 September 2020 16:40

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menganugerahkan ‘Ampun Kurnia Maal Hijrah MAIPs’ kepada para petugas barisan hadapan atau ‘frontliners’ sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam menangani penularan kes COVID-19 di Negeri Perlis’ sempena Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1442 Hijrah dan 2020-2021 Masehi yang diadakan di Ruang Legar, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Kangar semalam.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hj Hazman Hassan, ‘Ampun Kurnia’ merupakan pengurniaan diraja, sekaligus mewakili perkenan dan pengiktirafan institusi Raja kepada penerima. Bagi menghargai jasa dan melestarikan tradisi diraja Melayu zaman berzaman, ‘Ampun Kurnia Maal Hijrah MAIPs’ merupakan sesuatu yang unik dan telah diperkenankan kepada institusi serta pasukan barisan hadapan yang telah, sedang dan akan terus bergadai nyawa, demi memastikan negeri Perlis dan rakyatnya kekal selamat daripada ancaman pandemik COVID-19, sebagai penghargaan dan sanjungan kepada perjuangan dan pengorbanan mereka. Tidak diberikan kepada individu, sebaliknya dianugerahkan kepada institusi serta pasukan barisan hadapan untuk ditadbir dan dibelanjakan sebaik-baiknya bagi tujuan menjaga kebajikan anggota yang ditugaskan dalam pelbagai operasi dan misi bagi mengekang penularan COVID-19’.

Enam organisasi barisan hadapan yang diperkenankan baginda untuk menerima ‘Ampun Kurnia Maal Hijrah MAIPs 1442 Hijrah’ berserta hadiah wang tunai ialah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (RM10,000), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar (RM10,000), Angkatan Tentera Malaysia yang berpengkalan di Perlis (RM10,000), Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Perlis (RM10,000), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis (RM5,000) dan RELA Perlis (RM5,000).

Program tahunan dengan melaksanakan norma baharu bagi mengekang pandemik COVID-19 ini walaupun jumlah kehadiran pesertanya adalah dihadkan, namun tidak mengurangkan kemuliaan dan kemeriahan majlis yang dianjurkan di Kompleks DUN Perlis buat julung-julung kalinya ini.

Tuanku Raja Perlis juga berkenan untuk mengurniakan anugerah-anugerah utama yang lain kepada anak Perlis yang juga Pengerusi Lembaga SIRIM Berhad dan Pro-Canselor UNITEN, Tan Sri Datuk Seri Ir Ahmad Tajuddin Ali sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Dua penerima Anugerah Maal Hijrah pula ialah Pakar Perunding Kanan Anestesiologi Kardiotorasik kelahiran Pengkalan Asam, Kangar, Datuk Dr. Jahizah Haji Hassan dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Penerima Jaizah Maal Hijrah tahun ini disampaikan kepada pengerak dakwah Ahli Sunnah wal Jamaah, Haji Omar Osman.

Kurniaan-kurniaan utama lain yang turut disempurnakan termasuklah Anugerah Masjid Terbaik, Anugerah Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Perlis Terbaik dan Anugerah Didik Maal Hijrah.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE