Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ahmad Marzuk sifatkan kayuhan Raja Muda Perlis 'Sangat Bermakna' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ahmad Marzuk sifatkan kayuhan Raja Muda Perlis 'Sangat Bermakna'

Ahmad Marzuk sifatkan kayuhan Raja Muda Perlis 'Sangat Bermakna'

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 03 September 2020 15:38

2 September 2020, Kuala Perlis. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Hj Ahmad Marzuk Shaary, menyifatkan ‘Program Kayuhan MAIPs Peduli’ yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai 'Sangat Bermakna' dalam mendekati golongan asnaf dan yang memerlukan.

Ahmad Marzuk berkesempatan mengiringi Tuanku Raja Muda Perlis dalam program kali ke 41 bagi tahun 2020 yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Terapung Al Hussain Kuals Perlis sejauh 8 km sempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri Perlis bagi menghadiri beberapa program rasmi anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) pada isnin.

"Melihat kepada keperluan untuk seseorang pemimpin merasai permasalahan masyarakat, sesungguhnya program kayuhan prihatin sebegini sekaligus membuktikan betapa dekatnya pihak Istana Perlis dalam menginisiatifkan kesejahteraan rakyat," kata beliau.

Beliau turut dibawa menziarahi tiga buah rumah asnaf terpilih selain turut mendengar beberapa inisiatif dan perancangan MAIPs kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Kuala Perlis disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Ahmad Marzuk turut bermurah hati mengumumkan bantuan sebuah mesin automasi membuat kuih tradisional kepada salah seorang peserta usahawan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf MAIPs, Saidon Man, 63 (No Tel: 0195968753) yang aktif bersama isteri dan keluarga beliau mengusahakan kuih tradisional dan pelbagai aneka kerepek di No 316 Kampung Baru Tandiap Kuala Perlis. Sejak 2014 Saidon pernah menerima bantuan modal peralatan dan juga modal pusingan MAIPs dari masa ke semasa berjumlah penuh sebanyak RM17,436.

Turut serta ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Di sepanjang laluan melalui Kg Belakang Kilang, Jalan Sarawak, Kg Bahagia dan Kg Hujung Tanjung baginda turut berkenan singgah untuk solat asar secara berjemaah di Masjid Ar Rahmaniah, Kuala Perlis.

Terdahulu di sebelah pagi, Ahmad Marzuk memenuhi undangan menyampaikan tazkirah khas sempena Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1442H yang disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis selain turut meluangkan masa menyampaikan ceramah kemerdekaan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar di antara solat maghrib dan isyak sebelum pulang ke ibunegara.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE