MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR- PROSES komunikasi yang efektif dan berkesan mampu mempertingkatkan produktiviti negeri dan negara, sekaligus menjana keberhasilan optimum.
Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penutupan “Kursus Komunikasi Efektif Melalui Lakaran” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kuliyyah MAIPs Behor Temak, Kangar semalam.
Keberangkatan baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.
Turut berangkat ialah anakanda-anakanda baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.