Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Slogan perlu sebati dalam jiwa – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Slogan perlu sebati dalam jiwa – Raja Muda Perlis

Slogan perlu sebati dalam jiwa – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 September 2020 15:51

IBARAT kata pepatah: ”Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-diulang”. Peribahasa Melayu ini mengajarkan kita agar selalu mengulangi sesuatu nasihat atau cerita baik demi untuk kebaikan. Demikianlah jua dengan segala usaha dan inisiatif yang telah dan sedang kita laksanakan. Ianya harus disampaikan kepada seluruh rakyat dengan meluas agar segala aspirasi kita akan dapat membumi dan sekaligus dihayati dan dilaksanakan.

Beberapa slogan seperti ”Perlis Hebat”, ”Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan”, ”Masyarakat Madani Perlis”, ”Rakyat Perlis Hidup Bersih” dan sebagainya haruslah diulang-ulang siar agar ia menjadi sebati dalam jiwa dan membuahkan reaksi dan tindakan yang positif.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Datuk Ir Hj Nor Hisham Mohd Ghazali yang diiringi Pengarah JPS Negeri Perlis, Ir. Asnol Adzhan Abd Manap di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mempunyai pengalaman lama bermastautin di Australia, Sepanyol dan Switzerland serta pernah melawat puluhan negara luar berkenan bertukar-tukar pandangan dengan Nor Hisham dan turut berkongsi pelbagai cadangan yang mampu memanfaatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini di bawah skop melibatkan pihak JPS.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE