Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat perlu hargai pengorbanan pahlawan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat perlu hargai pengorbanan pahlawan – Raja Muda Perlis

Rakyat perlu hargai pengorbanan pahlawan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 16 Oktober 2020 08:00

SEBAGAI rakyat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan dan wira serta wirawati negara yang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara selama ini.

Barisan pertahanan negara yang juga merupakan barisan hadapan utama inilah menjadi ‘nadi’ dan ‘penggerak’ kepada pembangunan negara di mana merekalah yang berperanan memastikan keselamatan negeri dan negara kita tercinta sentiasa terjamin dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mempengerusikan majlis ‘Sembah Taklimat Pertama Kepada DYTM Tuanku Komander Mengenai Pelaksanaan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 32/2020’ yang diadakan di Bilik Senat, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra.

Taklimat pelaksanaan dipersembahkan oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri, Perlis Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Nohd Yusoff dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad.

SKAW adalah satu persidangan tahunan yang dihadiri oleh semua Komander Rejimen Siri 500 dari seluruh negara. Sidang terakhir Siri 31/2019 telah dianjurkan oleh Rejimen 514 Askar Wataniah di Hotel Casa Del Rio, Melaka.

Bagi penganjuran SKAW Siri 32/2020 ianya akan dianjurkan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah bertempat di negeri Perlis. Penganjuran ini adalah secara bersama yang dikoordinasikan oleh Markas Tentera Darat (MK TD), Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah memaklumkan bahawa walaupun SKAW Siri 32/2020 yang dijadualkan pada 6 hingga 8 November 2020 akan sekali lagi ditunda akibat penularan pandemik COVID-19 ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak, namun pasukan penganjur dan juga agensi-agensi lain yang membantunya dipohon terus memberikan kerjasama padu dalam melaksanakan segala persediaan dengan secara intensif serta terperinci.

Terdahulu, baginda diiringi Badlishah dan Ketua Pejabat Naib Canselor UniMAP Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir menyaksikan raptai awal persiapan kebudayaan bagi sambutan selamat datang kepada para peserta SKAW berkenaan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE