Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Selaput mata penyebab utama buta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Selaput mata penyebab utama buta

Selaput mata penyebab utama buta

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Oktober 2020 10:04

ARAU: Penyakit selaput mata atau katarak merupakan penyebab utama mereka yang terbabit menjadi buta iaitu 58 peratus diikuti dengan komplikasi akibat penyakit diabetis sebanyak 10 peratus berdasarkan Tinjauan Mata Negara (2014).

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, menurut kajian tersebut, sebanyak 272,000 rakyat di negara ini mengalami cacat penglihatan dan 216,000 menjadi buta disebabkan lambat melakukan pembedahan membuang selaput mata.

“Buta juga boleh disebabkan oleh keadaan semula jadi ketika lahir yang menyebabkan kerosakan pada saraf mata, penyakit genetik, proses penuaan, ketumbuhan, kanser, jangkitan atau kecederaan.

“Berdasarkan kajian, antara faktor risiko yang boleh menyebabkan buta adalah rabun, jangkitan, mempunyai penyakit kencing manis atau darah tinggi selain pengambilan ubat-ubat yang mengganggu fungsi mata,” katanya pada majlis Hari Tongkat Putih Sedunia peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di perkarangan Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring sini hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Hari Tongkat Putih Sedunia yang disambut pada 15 Oktober diharap dapat menyuntik serta meningkatkan lagi kesedaran kepada orang awam supaya sentiasa bersikap prihatin terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) buta termasuklah segala hak-hak mereka.

Baginda bertitah, kebanyakan punca masalah penglihatan boleh dicegah dan dirawat jika faktor risiko itu dapat dikesan awal. 

“Oleh yang demikian, rakyat negeri ini disarankan melakukan saringan penglihatan dan pemeriksaan mata menyeluruh secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun di mana-mana klinik kesihatan kerajaan, swasta atau kedai yang mempunyai perkhidmatan saringan mata,” titah baginda.

Baginda turut menasihatkan rakyat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran yang disediakan di klinik mata Hospital Tuanku Fauziah (HTF) oleh para Pegawai Optometri dan Pakar Oftalmologi. -UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE