Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat perlu fahami gejala, laksana saringan kanser payudara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masyarakat perlu fahami gejala, laksana saringan kanser payudara – Raja Muda Perlis

Masyarakat perlu fahami gejala, laksana saringan kanser payudara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Oktober 2020 10:07

Bersempena dengan ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’ setiap tahun yang disambut pada bulan Oktober, rakyat diseru agar memahami kepentingan mengenali tanda dan gejala awal kanser payudara, melakukan ujian saringan serta mendapatkan rawatan yang terbukti berkesan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik pelancaran ‘Bulan Kesedaran Barah Payu Dara Peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Zon Padang Besar’ yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Klinik Kesihatan Padang Besar (Utara) Perlis semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Kali ke 51 bagi tahun 2020’ bertemakan ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat dan Bersih’ tersebut disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Keluarga, Dr Izwana Hamzah dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padang Besar, Dr Mahamad Shafiq Mahamad Sukri.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dr Sirajuddin memaklumkan bahawa ‘Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016’ mendapati bahawa; Kanser payudara merupakan kanser nombor 1 tertinggi yang dialami oleh wanita Malaysia (34.1%). Laporan ini juga mendapati bahawa hampir separuh daripada pesakit kanser payudara (47.9%) dikesan lewat iaitu pada Tahap 3 dan 4. Data ini menunjukkan sesesuatu yang membimbangkan dan perlu disedari oleh masyarakat.

Menurut beliau, di antara gejala kanser payudara adalah seperti terdapat ketulan atau bengkakkan pada payudara atau bahagian ketiak, kulit payudara berkedut seperti kulit limau, puting kemerahan, berkeruping, masuk ke dalam atau sakit serta terdapat lelehan daripada puting (kekuningan atau berdarah) selain susu. Oleh itu, sekiranya mempunyai gejala tersebut, seseorang wanita perlulah segera berjumpa doktor.

Untuk rekod, bulan Oktober setiap tahun merupakan ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’. Reben berwarna merah jambu dengan kempen “Pink October” merupakan simbolik dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

Selain singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs, Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan berbasikal sejauh 15km yang bermula dan berakhir di perkarangan Pejabat Jabatan Kastam Padang Besar bagi meninjau beberapa kawasan sekitar seperti Halal Park PKENPs, Yard Kontena Multimodal, Arked Niaga, Kampung Kolam, Kawasan Perindustrian Padang Besar dan juga pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE