Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Mahu Saudara Baharu Diberi Kad Pengenalan Berstatus Islam

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Mahu Saudara Baharu Diberi Kad Pengenalan Berstatus Islam

/ Archive MAIPs / Thursday, 24 July 2014 00:27

KANGAR, 24 Julai 2014 -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) membantu saudara baharu untuk mendapat kad pengenalan yang tertera status Islam.

Baginda bertitah perkara ini amat penting bagi menjamin mereka yang baru memeluk Islam tidak menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian dan pengurusan jenazah.

"Saya meminta JAIPs memulakan inisiatif baharu ini secara lebih proaktif dan efektif bagi membantu saudara baharu," titah baginda semasa menutup Program Merakyatkan Seni Budaya: Semarak Ramadan anjuran Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis di sini pada Khamis.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Khairi Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs berharap usaha itu mendapat kerjasama Pejabat Pendaftaran Negara cawangan Perlis.

Syed Faizuddin bertitah saudara baharu akan terasa lebih selamat apabila memiliki kad pengenalan yang mengesahkan identiti agama mereka yang baharu.

Di majlis itu saudara-saudara baharu menerima sumbangan Aidilfitri daripada baginda berdua.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE