Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPS Dan HTF Jalin Kerjasama Bina Pusat Hemodialisis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPS Dan HTF Jalin Kerjasama Bina Pusat Hemodialisis

/ Archive MAIPs / Isnin, 25 Ogos 2014 00:27

KANGAR, 25 Ogos (Bernama) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjalin kerjasama strategik dengan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk membina bangunan pusat hemodialisis.Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah melalui kerjasama itu HTF menyediakan tanah tapak bangunan, pengurusan, kakitangan dan ubat-ubatan manakala MAIPs menyumbang RM2.5 juta untuk membina bangunan. "Projek murni ini menyediakan tambahan 30 buah mesin dialisis, bilik tetamu dan bilik rundingan untuk pesakit dan ahli keluarga mereka," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pada majlis pecah tanah bangunan wakaf Pusat Perkhidmatan Hemodialisis MAIPs HTF di sini, Isnin. Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah dan hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, anggota Exco Agama Islam Negeri Khairi Hassan dan Pengarah HTF Datuk Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.Tuanku Syed Faizuddin turut berharap agar golongan korporat menunaikan tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan bagi membeli mesin dialisis dan ubat-ubatan.
Projek ini bertujuan membantu mempercepatkan proses menunggu oleh pesakit, menambah baik kualiti perkhidmatan, kecekapan dan kemudahan hemodialisis yang baharu serta membolehkan lebih ramai pesakit menjalani rawatan lebih kerap, titah baginda.Tuanku Syed Faizuddin turut melancarkan 'Saham Wakaf Dana Pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs-Pusat Perkhidmatan Hemodialisis MAIPs' untuk badan korporat dan individu mewakafkan tunai membina bangunan berkenaan.

Sumber daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE