Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis santuni mangsa kebakaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis santuni mangsa kebakaran

Raja Muda Perlis santuni mangsa kebakaran

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Januari 2021 08:02

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga korban mangsa bencana kebakaran kediaman di Kg Chantek Bangun dekat Arau, Allahyarham Romizan Ramli, 42.

Titah takziah berkenaan disampaikan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menyantuni keluarga mangsa berkenaan bersama-sama ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Persekutuan dalam Program MAIPs Peduli kali ke-80 bagi tahun 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut mengiring memaklumkan bahawa Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs telah memperkenankan keputusan oleh pihak pengurusan MAIPs supaya sebuah kediaman baharu dapat disediakan segera untuk keluarga berkenaan. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Saudah Adam, 69, ibu kepada mangsa yang turut terlibat bersama-sama dengan enam anggota keluarga yang lain pada hari kejadian iaitu ahad baru-baru ini kira-kira jam 5.30 pagi.

Terdahulu baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai insiden kediaman yang mempunyai dua bahagian rumah hangus dijilat api selain mengorbankan satu nyawa itu yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris.

Selain menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada dua buah keluarga asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kg Bunga Emas Simpang Empat, baginda turut berkenan singgah menyerahkan kunci simbolik sumbangan MAIPs berupa sebuah rumah yang diterima oleh Rahim Bakar di Kampung Datuk Ahmad Musa, Simpang Empat yang terlibat dalam satu insiden kebakaran pada bulan Jun yang lalu yang mana baginda telah turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau sendiri lokasi kejadian sejurus selepas ianya berlaku.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menitahsarankan supaya masyarakat setempat menyertai pasukan Bomba Komuniti yang telah ditubuhkan sejak tahun 2014 lagi di balai-balai terdekat dengan lokasi kediaman masing-masing yang mempunyai kemudahan berkenaan yang antara lain matlamatnya bertujuan bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia disamping membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE