Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan kolaborasi antara agensi, jayakan inisiatif bantu rakyat – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkatkan kolaborasi antara agensi, jayakan inisiatif bantu rakyat – Raja Muda Perlis

Tingkatkan kolaborasi antara agensi, jayakan inisiatif bantu rakyat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 06 Januari 2021 15:47

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta semua agensi dan pihak berwajib untuk terus mempertingkatkan lagi segala kolaborasi dan perkongsian kepakaran dalam menjayakan pelbagai inisiatif bagi membantu meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat.

Titah baginda, perkongsian kepakaran dalam proses libat urus samada bersifat khusus atau umum perlu menjadi agenda utama dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Demikian titah baginda menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh Zulkefli Sedek, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis yang baharu  dilantik pada 15 Disember 2020 yang lalu di Bilik Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Jejawi.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Abd Rahim Ahmad.

Dalam program berasingan baru-baru ini pula, anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail telah berkenan meluangkan masa mengadakan kunjungan ke Pusat Giat Mara yang terletak di Kawasan Perindustrian Jejawi, dekat Kangar beroperasi sebagai penyedia latihan kepada pelbagai kursus yang memanfaatkan rakyat di negeri ini.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE