Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs belanja RM9.16j bantuan kediaman 2020 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs belanja RM9.16j bantuan kediaman 2020

MAIPs belanja RM9.16j bantuan kediaman 2020

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Januari 2021 10:40

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membelanjakan sebanyak RM9.16 juta bagi bantuan kediaman yang dimanfaatkan oleh 727 buah rumah sepanjang tahun 2020.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sumbangan tersebut melibatkan tiga skim bantuan iaitu bantuan sebuah kediaman, bantuan baik pulih penuh kediaman dan bantuan baik pulih mikro kediaman yang dilaksanakan melalui kerjasama 102 buah kariah masjid di seluruh negeri ini.

“Syukur Alhamdulillah, hasil sumbangan dan kepercayaan para penyumbang zakat telah membolehkan MAIPs berupaya meluaskan manfaat dengan membelanjakan sebanyak RM9.16 juta untuk bantuan kediaman sepanjang 2020,” titah baginda.

Baginda yang merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian selepas berkenan berangkat meninjau tapak projek pembangunan Masjid Baharu Al-Munir, Batu 5 Jalan Kuala Perlis yang dijadualkan siap pada penghujung bulan Mac di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh pegawai penguasa projek yang juga Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Syed Zubir Syed Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, baginda bertitah, MAIPs telah melaksanakan 3,799 buah kediaman di seluruh negeri ini sejak tahun 2013 sehingga tahun lalu.

Keberangkatan baginda kali ini adalah sempena program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-2 2021 yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Ridzuan Kampung Bohor Masjid, Kuala Perlis yang turut melibatkan persinggahan bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih.

Menyentuh mengenai projek masjid baharu itu, Syed Zubir memberitahu, masjid tersebut mampu memuatkan seramai 850 orang jemaah menggunakan ruang solat seluas 378 meter persegi apabila siap sepenuhnya nanti. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE