Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bersiap-siaga hadapi kecemasan dalam keadaan cuaca tidak menentu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bersiap-siaga hadapi kecemasan dalam keadaan cuaca tidak menentu

Bersiap-siaga hadapi kecemasan dalam keadaan cuaca tidak menentu

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Januari 2021 10:16

KANGAR: Masyarakat perlu bersiap siaga sekiranya berhadapan insiden kecemasan terutamanya dalam situasi cuaca tidak menentu yang mengundang risiko berlakunya bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keadaan lembab di samping struktur tanah yang tidak kuat berisiko mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang boleh mengundang kemalangan.

“Jika berlaku tanah runtuh, segeralah menyelamatkan diri mengikut laluan kecemasan yang telah dikenal pasti. Sekiranya berada di dalam bangunan, lindungilah diri di bawah objek yang kukuh.

“Bagi yang tidak mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi pula disarankan jangan cuba untuk menyelamatkan sesiapa yang terperangkap, tetapi segeralah memaklumkan hal itu kepada pasukan keselamatan dan penyelamat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mendaki Gunung Medan di Utan Aji sempena program ‘MAIPs Peduli kali ke-3 2021 yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Shahrani, Behor Lateh di sini hari ini.

Mengiringi sama ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttallib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, baginda bertitah, Gunung Medan adalah sebuah bukit batu kapur setinggi kira-kira 100 meter terletak enam kilometer di selatan bandar Kangar dan buat masa ini masih boleh dikunjungi dengan menaiki kereta.

Baginda bertitah, lokasi tersebut digemari oleh para pejalan kaki, pelari serta penggemar sukan berbasikal menggunakan trek jalan yang disediakan.

“Lokasi riadah yang terkenal dalam penduduk setempat di sekitar tahun 70-an dan 80-an ini berpotensi untuk dibangunkan semula sebagai satu lagi lokasi pelancongan menarik di negeri ini jika pihak berkuasa dapat memastikan segala aspek keselamatan disahkan memenuhi piawaian.

“Ini kerana para pengunjung akan dapat merasai ketenangan di samping melihat panorama indah melalui dahan-dahan pokok, sawah padi yang terbentang luas di sekeliling dan bukit bukau menghijau di menghala ke negara jiran Thailand di sebelah utara serta laut dan pulau-pulau di barat dan selatannya,” titah baginda lagi.

Terdahulu, selain singgah menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih, baginda turut berkenan merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs’ iaitu perniagaan masakan goreng ‘Cik Onei’ oleh Nor Ani Yahya di Utan Aji yang telah pernah menerima bantuan MAIPs berjumlah RM2,700.- UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE