Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - JKSNPs tingkat ilmu bidang kehakiman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
JKSNPs tingkat ilmu bidang kehakiman

JKSNPs tingkat ilmu bidang kehakiman

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Januari 2021 15:39

Bagi mencapai tahap kepuasan perkhidmatan, kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) terutamanya barisan Hakim-hakim perlu sentiasa berusaha bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang kehakiman, prosedur-prosedur mahkamah yang dikanunkan melalui undang-undang bertulis dan juga kitab-kitab fiqah yang relevan. Selain itu, segala tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim hendaklah sejajar dengan keputusan-keputusan hukum syarak yang diputuskan oleh pemerintah seperti keputusan-keputusan fatwa yang sedang berkuatkuasa.

JKSNPs juga perlu peka dengan peraturan-peraturan atau dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Dengan kata lain, ”Hubungan Antara Agensi Agama Sentiasa Harmoni Dan Bersama Dalam Tindakan”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh delegasi Hakim-hakim dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) diketuai oleh Ketua Hakim Negeri, Hj Ibrahim Deris yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs, Behor Temak, Kangar.

Hadir sama adalah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JAIPs), Dr Hazman Hassan.

Jelas Tuanku Syed Faizuddin Putra, sebagai sebuah institusi agama Islam pelaksana yang berada di bawah naungan DYMM Tuanku Raja Pemerintah bagi melaksanakan Undang-Undang Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri ini, segala tindakan yang diambil hendaklah sentiasa seiring dengan undang-undang yang sedang berkuatkuasa demi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan urusan rakyat negeri Perlis semasa berurusan dengan Mahkamah Syariah.

Hj. Ibrahim pula mempersembah maklumkan bahawa sesuai dengan slogan ‘Syariah Adas Keadilan’, sebagai sebuah agensi pelaksana, JKSNPs akan sentiasa berusaha bagi menambahbaikkan lagi jabatannya dengan pelbagai inovasi baharu bagi membolehkan perkhidmatan kepada masyarakat lebih pantas, mesra dan berkualiti.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE